TUNTUTAN BERJEMAAH PADA SOLAT
FARDHU
Tuntutan berjemaah pada solat 5
waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat,
Pada pendapat yang masyhur dan
paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang
diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim,mempunyai
pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie. Jadi bererti
apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang
dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa
atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya
tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu
berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya
tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan
Muslim, bahawa,Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang
yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan
hadith daripada Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu
kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi
ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya
untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi
kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui
bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di
masjid.
Read more...