selamat datang
objektif pembelajaran
Featured Post 3 with Small Thumbnail
Featured Post 4 with Small Thumbnail

selamat datang
selamat datang ke blog ini. semoga ilmu yang dikongsi dapat bermanfaat buat semuaMore

objektif pembelajaran
solat berjemaah melebihi solat sendirian dengan 27 darjat...More

kelebihan solat berjemaah
ganjaran pahala berlipat ganda, terlepas dari api neraka dan terhaang menjadi munafiq, mendapat perlindungan Allah SWT di hari kiamatMore

dalil galakan solat berjemaah
ganjaran kepada sesiapa yang solat secara berjemaah digandakan sebanyak 27 kali gandaMore
Sunday, September 2, 2018
Saturday, September 1, 2018
SUSUNAN SAF SOLAT BERJEMAAH
Susunan yang betul ketika solat secara berjemaah . Jom tonton video ini....
LATIHAN 1
2. Isi tempat kosong di bawah dengan pilihan jawapan yang sesuai.
|
|||||||
Muafik
|
Imam
|
Makmum
|
Masbuk
|
||||
a) Solat berjemaah
ialah solat yang dilakukan secara berkumpulan atau beramai-ramai terdiri
daripada imam dan _______________________.
|
|||||||
b) _________________
ialah makmum yang tidak membaca al-Fatihah bersama-sama imam.
|
|||||||
c) Makmum yang sempat
membaca al-Fatihah sebelum imam rukuk pada rakaat pertama dinamakan
______________________ dalam solat.
|
|||||||
(3 markah)
|
|||||||
Sabda Rasulullah SAW:
“Solat berjemaah lebih afdal daripada solat secara
bersendirian sebanyak 27 kali ganda.”
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
|
|||||||
3. Pada pandangan anda, apakah yang akan
berlaku sekiranya masyarakat mengabaikan solat berjemaah?
|
|||||||
(4 markah)
|
|||||||
Friday, August 31, 2018
HUKUM SOLAT BERJEMAAH
Solat jemaah adalah berlainan
hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
1.Fardhu ain pada solat Jumaat;
2.Fardhu kirayah pada solat
fardhu lima waktu
3.Sunat pada solat jenazah dan
solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari
raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan
solat witir pada bulan Ramadhan.
DALIL TUNTUTAN BERJEMAAH PADA SOLAT FARDHU
TUNTUTAN BERJEMAAH PADA SOLAT FARDHU
Tuntutan berjemaah pada solat 5
waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat,
Pada pendapat yang masyhur dan
paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang
diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim,mempunyai
pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie. Jadi bererti
apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang
dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa
atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya
tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu
berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya
tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan
Muslim, bahawa,Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang
yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan
hadith daripada Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu
kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi
ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya
untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi
kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui
bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di
masjid.
PENGERTIAN SOLAT BERJEMAAH
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang
bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.Seorang menjadi
imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin
besar pula fadhilat pahalanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)